Jadual 1 Kadar kemiskinan penduduk Orang Asli di Malaysia tahun 1993 - 2009
Tahun Kadar kemiskinan (%) Kadar ketermiskinan (%)
Tahun Kadar kemiskinan (%) Kadar ketermiskinan (%)
1993 81.4% 48.8%
1998 85.7% 56.6%
2000 83.4% 43.6%
2002 79.1% 37.9%
2008 50.0% 32.3%
2009 50.0% n.a
2009 50.0% n.a
Nota:
1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) tahun 1993 ialah RM80 sebulan bagi miskin dan RM40 sebulan bagi termiskin atau miskin tegar.
2. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) tahun 1999 ialah RM510 sebulan bagi miskin dan RM255 sebulan bagi termiskin atau miskin tegar.
3. n.a = not available
Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) dan JHEOA pada tahun 1993 menunjukkan terdapat 81.4% (15,234) keluarga Orang Asli tergolong sebagai miskin dan daripada jumlah itu, 48.8% (9,135) keluarga adalah miskin tegar atau termiskin (Fadzil Mahamud, 2005). Pada tahun 1998 pula, kadar kemiskinan penduduk Orang Asli di Malaysia telah meningkat sedikit kepada 85.7% iaitu mencatatkan peningkatan sebanyak 4.3% (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, 2000).
Aliran kadar kemiskinan Orang Asli pada tahun-tahun berikutnya iaitu pada tahun 2000 dan 2002 adalah perlahan di mana kadar penurunan yang dicatatkan adalah sebanyak 6.6% sahaja bagi tempoh selama empat tahun. Namun, perubahan yang ketara berlaku pada tahun 2008 di mana kadar kemiskinan Orang Asli telah menurun secara drastik kepada 50% iaitu mencatatkan penurunan sebanyak 29.1%. Kadar kemiskinan Orang Asli pada tahun 2009 sepertimana yang dilaporkan dalam Kajian Malaysia Kesepuluh masih lagi kekal sama seperti tahun 2008 iaitu sebanyak 50% (Malaysia, 2010).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan