Rabu, 8 Jun 2011

Masyarakat Orang Asli di Malaysia

Masyarakat Orang Asli adalah sebahagian daripada kaum minoriti dalam etnik bumiputera. Mereka juga dianggap sebagai komuniti marginal yang paling miskin dan daif di Malaysia. Secara umumnya, masyarakat Orang Asli terdiri daripada tiga suku bangsa iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto (Hooker, 1991). Setiap kelompok suku bangsa Orang Asli mempunyai enam suku kaum di bawahnya. Ini menjadikan keseluruhannya terdapat 18 kumpulan suku kaum Orang Asli di Malaysia. Pecahan kumpulan masyarakat Orang Asli secara terperinci adalah seperti berikut:


Jadual   Pecahan kumpulan masyarakat Orang Asli di Malaysia


Suku Bangsa


Suku kaum

Lokasi penempatan

Senoi

Temiar
Semai
Semoq Beri
Che Wong
Jah Hut
Mah Meri


Tengah Semenanjung Malaysia


Melayu-Proto

Temuan
Semelai
Jakun
Orang Kanaq
Orang Kuala
Orang Seletar

  
Selatan Semenanjung Malaysia

Negrito       

Kensiu
Kintaq
Jahai
Lanoh
Mendriq
Bateq


Utara Semenanjung Malaysia
    Sumber: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (2008)

Dari segi pecahan peratusan pula, suku bangsa Senoi adalah suku bangsa Orang Asli terbesar di Semenanjung Malaysia mewakili sebanyak 56% atau 79,156 orang. Seterusnya diikuti oleh suku bangsa Melayu-Proto sebanyak 41% atau 58,403 orang dan yang terkecil Negrito sebanyak 3% atau 3,671 (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, 2008). Jumlah keseluruhan masyarakat Orang Asli di Malaysia ialah 141, 230 orang. Dari segi suku kaum pula, antara yang terbesar ialah Semai, Temiar, Jakun (Orang Hulu) dan Temuan (Endicott & Dentan, 2006). 
* Maklumat berkaitan masyarakat Orang Asli dipetik daripada kajian Ph.D peringkat akhir Pensyarah Jabatan Kerja Sosial UUM bertajuk Kemiskinan Orang Asli di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...