Sabtu, 11 Jun 2011

Fakta Mengenai Orang Asli

  • Jumlah populasi penduduk Orang Asli di Malaysia adalah 141, 230 orang (JHEOA, 2008).
  • Masyarakat Orang Asli telah diakui sebagai kelompok masyarakat paling miskin di Semenanjung Malaysia (Malaysia, 1999).
  • Kadar kemiskinan Orang Asli sepertimana yang dilaporkan dalam Kajian Rancangan Malaysia Kesepuluh adalah 50% berbanding kadar kemiskinan keseluruhan di Malaysia sebanyak 3.8% (Malaysia, 2010). 
  • Ini bermakna hampir separuh masyarakat Orang Asli di Malaysia hidup dalam kemiskinan.
  • Kadar kemiskinan Orang Asli mengikut suku bangsa menunjukkan suku bangsa Negrito adalah paling ramai yang miskin (JHEOA, 2000).
Rumusan: 

Walaupun kadar kemiskinan Orang Asli di Malaysia sangat tinggi, Kerajaan Malaysia melalui agensinya, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebenarnya tidak pernah sesekali meminggirkan masyarakat Orang Asli di Malaysia. Pihak JAKOA telah melaksana pelbagai program pembangunan demi untuk manfaat masyarakat Orang Asli. Namun, usaha untuk memajukan masyarakat Orang Asli bukanlah satu tugas yang mudah. Sesiapa yang pernah melakukan kajian atau berurusan dengan masyarakat Orang Asli akan memahaminya. Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, marilah kita mengembeling tenaga dan usaha bersama-sama dengan pihak kerajaan memaju dan meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat Orang Asli yang tertinggal jauh ke belakang berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk turut serta dan membantu pihak kerajaan. 

Sebagai seorang penyelidik, pengalaman saya bergaul dan menemubual Orang Asli di kawasan pedalaman berkaitan kemiskinan menginsafkan saya tentang apa yang kita ada berbanding dengan apa yang Orang Asli ada. Sebagai manusia, saya sedih kerana ramai Orang Asli yang ditemui mengeluh tentang kesukaran mereka mencari wang untuk mengisi perut mereka dan anak-anak. Blog ini diwujudkan semata-mata kerana prihatin dan cintanya saya terhadap masyarakat Orang Asli yang bagi saya sangat unik. Keunikan inilah yang akan mendorong kita sebagai rakyat Malaysia memahami dan mengenali masyarakat Orang Asli ini dengan lebih mendalam.      
  • Tunjukkan kasih sayang anda sesama manusia dan sertailah kempen kami Kenali Orang Asli: Mutiara Rimba Malaysia sebagai tanda sokongan.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...