Ahad, 4 Mac 2012

Dasar dan Usaha Kerajaan dalam Membasmi Kemiskinan Orang Asli di Malaysia


Menurut Fadzil Mahamud (2005) kerajaan Malaysia tidak pernah mengabaikan masyarakat Orang Asli daripada arus pembangunan negara kerana sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi, kerajaan sebenarnya telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam membasmi kemiskinan Orang Asli di Malaysia dengan mewujudkan Akta Orang Asli pada tahun 1954 dan seterusnya menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pada tahun yang sama (sekarang dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli atau JAKOA).



Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Malaysia sangat komited dalam membantu masyarakat Orang Asli yang dilihat sangat mundur dan miskin pada masa itu. Dalam usaha untuk membasmi kemiskinan Orang Asli di Malaysia, kerajaan Malaysia telah menyalurkan pelbagai program bantuan seperti program bantuan rumah, kemudahan asas, pendidikan, kebajikan, subsidi dan sebagainya melalui agensinya, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, 2004). Dalam pada itu juga, Jabatan Kemajuan Orang Asli telah menyusun beberapa strategi untuk membangunkan tahap sosio-ekonomi dan keupayaan masyarakat Orang Asli agar setanding dengan masyarakat-masyarakat lain di Malaysia. Antaranya termasuklah:
  • Melaksanakan projek ekonomi yang berdaya maju terutamanya berasaskan tanah yang boleh menjana pendapatan dan peluang pekerjaan.
  • Membangunkan kemudahan asas secara cost-effective dengan mengumpul dan menyusun semula kampung Orang Asli di kawasan pinggiran.
  • Menyerapkan kampung Orang Asli di kawasan pinggiran ke dalam masyarakat kampung atau bandar yang berdekatan.
  • Mempergiatkan program pendidikan, latihan dan pembangunan minda di kalangan kanak-kanak, remaja dan belia Orang Asli sebagai persediaan untuk keluar dari kebergantungan kepada ekonomi asas tanah.
  • Mengekalkan bantuan kebajikan dan subsidi kepada ahli masyarakat dalam kumpulan termiskin untuk membolehkan mereka menyahut program sosio-ekonomi kerajaan.
  • Memupuk pembangunan institusi-institusi sosial dan ekonomi dan badan bukan kerajaan (NGO) Orang Asli melalui proses penglibatan dan pengkasaan.
  • Pendekatan secara proaktif dalam mendapatkan calon dan penyertaan dalam program-program kerajaan.
  • Menekankan kepada peningkatan imej masyarakat Orang Asli ke tahap yang lebih moden dan progresif dan menghapuskan sebarang streotaip negatif.
  • Bekerjasama dengan jabatan/agensi kerajaan lain dalam melaksanakan program pembangunan Orang Asli.
  • Meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan jabatan serta perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan fizikal dan minda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...