Sabtu, 11 Jun 2011

Fakta Mengenai Orang Asli

  • Jumlah populasi penduduk Orang Asli di Malaysia adalah 141, 230 orang (JHEOA, 2008).

Lensa - Panorama Hulu Perak

ANTARA visual menarik yang sempat dirakam lensa sepanjang berada di Hulu Perak semasa proses pengumpulan data dijalankan di RPS Air Banun.

Hentian Bas Gerik.

Rumah Rehat Gerik.

Jumaat, 10 Jun 2011

Definisi Orang Asli



Menurut Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, definisi atau pengertian Orang Asli adalah seperti berikut:


  • Mana-mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang itu;

Rabu, 8 Jun 2011

Masyarakat Orang Asli di Malaysia

Masyarakat Orang Asli adalah sebahagian daripada kaum minoriti dalam etnik bumiputera. Mereka juga dianggap sebagai komuniti marginal yang paling miskin dan daif di Malaysia. Secara umumnya, masyarakat Orang Asli terdiri daripada tiga suku bangsa iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto (Hooker, 1991). Setiap kelompok suku bangsa Orang Asli mempunyai enam suku kaum di bawahnya. Ini menjadikan keseluruhannya terdapat 18 kumpulan suku kaum Orang Asli di Malaysia. Pecahan kumpulan masyarakat Orang Asli secara terperinci adalah seperti berikut:

Selasa, 7 Jun 2011

Profil Orang Asli




Orang Asli Negrito

Orang Asli Negrito dianggap sebagai Orang Asli yang paling primitif (Means, 1985), terkecil (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, 2008) dan tertua (Carey, 1976) di Malaysia. Orang Asli Negrito membentuk kira-kira 3% daripada populasi keseluruhan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Orang Asli Negrito dipercayai telah berada di hutan-hutan Malaysia lebih kurang 25,000 tahun yang lepas, diikuti oleh Orang Senoi pada 8,000 tahun yang lepas dan Melayu-Proto pada 4,000 tahun yang lepas (Carey, 1976). Orang Asli Negrito lebih popular dikenali sebagai ‘Semang’ di kalangan ahli-ahli antropologi (Suki Mee, 2009).

Jahai Band - Yek Sayang Phai

Lagu yang dicipta sendiri oleh anak-anak Orang Asli dari suku kaum Jahai di Kampung Sungai Raba. Instrumen muzik menggunakan gitar dan dram buatan sendiri. Lagu yang dimainkan agak menarik dan ini membuktikan anak-anak Orang Asli ini sangat berbakat besar dalam bidang muzik.



Isnin, 6 Jun 2011

RPS Air Banun

Kajian lapangan di tujuh buah perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Sungai Banun, Kampung Sungai Raba, Kampung Pengkalan Permai, Kampung Desa Damai, Kampung Semelor, Kampung Pulau Tujuh dan Kampung Sungai Tekam berkaitan kemiskinan Orang Asli.

Kampung Pengkalan Permai
Kampung Semelor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...